Sunday 18 September 2016


KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA


TAJUK: KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
NAMA PENSYARAH: PUAN FADZILAH
JABATAN: KEJURUTERAAN MEKANIKAL
PROGRAM: DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL
NAMA AHLI : 
  • MUHAMMAD ARIF AFIQ BIN AMMAR AZHAN (16DKM16F1062)   
  • MUHAMMAD RIDWAN BIN MOHAMAD JAFFAR (16DKM16F1102)
  • MOHD RASHIDI BIN SAARI (16DKM16F1993)
  • AMMERUL BIN ALLIAS (16DKM16F1105)                       


 PENGENALAN

Tema ini mengisahkan tentang kemunculan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 hingga awal abad ke-16. Suatu tradisi, budaya, politik dan ekonomi yang diwarisi sejak zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka sehingga kini. Kegemilangan kerajaan Melaka telah menarik perhatian pelabur Portugis untuk datang berdagang di Melaka sehingga menyebabkan Melaka jatuh ke tangan Portugis. Keadaan ini telah mengakibatkan Kesultanan Melaka yang masyhur terpaksa berpindah ke Johor. Rentetan daripada peristiwa ini, mereka meneruskan perjuangan untuk menegakkan semula Kegemilangan Melayu Melaka.

 Dengan ini kami menyentuh beberapa faktor yang berkaitan dengan Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

Antaranya ialah:

  • Faktor semula jadi
  • Faktor politik
  • Faktor ekonomi
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhI1FUTAZMuW6uVt-jj3O3CZfaL8Rjxc93q4Zb3YDVMIv3s7JTs_bwVAahZ7dFMHwlplni5symIs4MITMCUfZ26pc7625rpxIelUiZP07A6BHeyyEhrxnGudpqLePLSBs8VMh5_UpS8Dpg/s1600/download.jpg

Saturday 3 September 2016

KESULTANAN MELAYU MELAKA

ü Merupakan sebuah kesultanan melayu yang tertua dalam sejarah Malaysia.
ü Kesultanan Melayu Melaka merupakan warisan kerajaan Sriwijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera Tenggara.
ü Kerajaan ini juga merupakan pusat anutan & penyebaran agama hindu-buddha serta pengajian Bahasa Sanskrit.
ü Bahasa melayu pada zaman ini dikenali sebagai ‘bahasa melayu kuno’.




PENGASAS KESULTANAN MELAKA


 ØPada 1391, Kerajaan Sriwijaya diserang oleh kerajaan Majapahit keadaan ini menyebabkan putera raja Palembang yang bernama Parameswara dan pengikutnya mengundur diri ke Temasik dan Singapura.


                                                                PARAMESWARA

Image result for PARAMESWARA


Ø Setelah membunuh wakil Raja Siam iaitu Temangi yang mempunyai politik tersendiri dan bernaung di bawah kerajaan Ayudhya, Singapura telah ditawan oleh Parameswara.

Ø  Pada 1398, Ayudhya membuat serangan balas ke atas Singapura sehingga menyebabkan Parameswara dan pengikutnya mengundur diri ke Semenanjung Tanah Melayu untuk mencari tempat pelindungan yang baru.

Ø Seterusnya baginda bertapak di Sening Hujung, Bertam dan akhirnya di Melaka sekitar tahun 1400.



PELARIAN PARAMESWARA & PENGIKUTNYA

Ø Sesudah Parameswara tiba di Melaka baginda dan para pengikutnya berteduh di bawah sebatang pokok yang bernama melaka.

Ø Semasa berteduh Parameswara melihat suatu kejadian dimana seekor pelanduk telah menendang dan mengalahkan seekor anjing buruan beliau. 


PERISTIWA KEWUJUDAN MELAKA




Ø Melalui peristiwa ini, beliau telah menamakan Melaka bersempena nama pokok tempat teduhan beliau. Baginda telah memberi nama kepada kerajaan baru beliau iaitu Melaka.
Ø Kerajaan Melaka juga diambil bersempena ‘malaqat’ yang bermaksud 'tempat perlindungan' iaitu dimana tempat Parameswara beristirehat.

Ø Bermula daripada baginda hingga kepada waris-warisnya, Melaka berkembang menjadi pusat perdagangan yang termasyhur.

Ø Melaka muncul sebagai sebuah tapak perdagangan antarabangsa kerana mempunyai kelengkapan perahu dan tempat perlabuhan.

Ø Pada 1403, seorang duta dari Negara China iaitu Yin Ching datang ke Melaka dengan membawa hadiah untuk Parameswara.

Ø Pada 1405,  kedudukan Melaka diiktiraf secara rasmi dan Parameswara ditabalkan sebagai raja.

Ø Pada 1409, Laksamana Cheng Ho menghadiahkan alat-alat kebesaran diraja di samping sebuah prasasti kepada Parameswara.

Ø Dengan ini, Melaka dapat mengukuhkan kedudukan dan mendapat perlindungan keselamatan melalui hubungan dengan China.
  


PENTADBIRAN YANG SISTEMATIK

Bagi melicinkan pentadbiran kerajaan Melaka, sultan telah mewujudkan satu sistem pentadbiran yang tersusun yang dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Berlipat.
Sistem ini berkait rapat dengan peranan yang dimainkan oleh empat orang pembesar utama iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.

Pembesar empat ini dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua.









JAWATAN
FUNGSI



    BENDAHARA
Ø Bertindak sebagai penasihat kanan raja.
Ø Menjadi pemangku raja semasa ketiadaan raja.
Ø Bertindak jadi ketua hakim semasa ketiadaan raja.
Ø Berperanan sebagai pemilih & pelantik raja.

     PENGHULU       BENDAHARI
Ø Mengawal perbendaharaan negara.
Ø Bertanggungjawab memungut cukai & hasil negara.
Ø Menyimpan daftar hamba raja & ketua bagi semua syahbandar.


   TEMENGGUNG
Ø Pelaksana atau ketua undang-undang, peraturan  negeri dan keselamatan.
Ø Digelar ketua polis negara.
Ø Menjadi dakwa sekiranya terdapat kesalahan yang mempunyai bukti.
Ø Ketua protokol- dalam soal adat istiadat.



     LAKSAMANA
Ø Pahlawan dalam peperangan (laut).
Ø Digelar ‘raja di laut’.
Ø Mengetuai semua pahlawan kerajaan.
Ø Bertanggungjawab memikul pedang kerajaan dalam upacara rasmi.
Ø Menjadi diplomat dan membawa utusan kerajaan.




  •  Wujud golongan pentadbiran seperti Syahbandar – pegawai pelabuhan, hulubalang besar, panglima perang, ulama mandulika, tentera, mantri, Seri Bija Diraja dan Bentara.
  •  Sistem ini terbahagi kepada 2 golongan masyarakat iaitu :

a.  Golongan pemerintah
b.  Golongan diperintah
  •  Pentadbiran di wilayah- wilayah kecil (Klang, Jeram, Selangor dan lain-lain) pula dipertanggungjawabkan kepada penghulu-penghulu yang dilantik ( Mandulika ).


  •  Terdapat empat orang syahbandar yang bertugas di perlabuhan Melaka iaitu:


a) Syahbandar yang menguruskan pedagang-pedagang dari Gujerat.
b) Syahbandar yang menguruskan pedagang-pedagang dari Bengal, Pegu dan Pasai.
c) Syahbandar yang menguruskan pedagang-pedagang dari kepulauan melayu seperti: ( Jawa, Maluku, Banda Palembang Tanjungpura dan lain-lain.)
d)Syahbandar yang menguruskan pedagang-pedagang dari China, Champa, dan Pulau Liu Kiu.




   FAKTOR-FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA

-Kemunculan Melaka sebagai sebuah kerajaan agung dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu:
ü Faktor semula jadi atau geografi
ü Faktor ekonomi
ü Faktor politik dan pentadbiran



FAKTOR SEMULA JADI ATAU GEOGRAFI

  •  Kedudukan geografi

a)     terletak di tengah-tengah jalan laut perdagangan antarabangsa-penyambung pasaran pedagang utama dunia iaitu Benua India & China.
b)    Pertumbuhan hasil laut-dijadikan mata wang
c)    Industri hasil laut-makanan (sup) dan perubatan. 
  • Kedudukan di pertemuan angin monsun utama yang membantu pelayaran iaitu angin monsun barat daya dan angin monsun timur laut.
  •  Kekayaan sumber asli persekitaran.

a)    Hasil hutan ( kayu kayan)-kayu wangi, dammar dan rotan.
  •  Orang melayu persisiran -penjual dan pengedaran hasil-hasil hutan.
  •  Hubungan masyarakat orang asli dengan orang melayu-pertukaran barang (sistem barter).
  •  Perlabuhan Melaka-kaya dengan sumber galian, khasnya emas.



FAKTOR EKONOMI

« Kedudukan di tengah-tengah jalan perdagangan - dilimpah kemewahan barang-barang dagangan dari negara luar.
« Kekayaan hasil serantau - rempah, hasil rotan, kayu dan damar.
« Perlabuhan perdagangan utama - perlabuhan intreport.

FAKTOR POLITIK & PENTADBIRAN

Ø Hubungan rapat antara Melaka dengan Negara China – Melaka memperoleh perlindungan politik dan dapat mengelakkan Melaka daripada ancaman Siam.
Ø Mempunyai ciri keselamatan & ketenteraan.
Ø Kewujudan sistem undang-undang-hukum kanun Melaka dan undang-undang laut Melaka.
Ø Mempunyai sistem perbendaharaan - sistem cukai dan jual belinya.
Ø Bahasa melayu sebagai bahasa perantaraan (lingua franca).







PENGAJARAN
v Seorang pemimpin seharusnya bijak untuk merancang strategi supaya dapat  membina sebuah negara yang aman.
v Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya bijak menggunakan sumber alam yang telah dianugerahkan agar tidak berlaku  pembaziran.
v Kita tidak seharusnya mudah terpedaya dengan hasutan orang lain.
v Kita perlu berusaha mempertahankan negara walaupun apa  pun yang terjadi.
v Kita tidak perlu takut atau gentar dengan apa cabaran atau halangan yang  mendatang kerana setiap individu mempunyai kelebihan dan kekuatan.






ZAMAN KESULTANAN MELAYU  MELAKA



 RUJUKAN


² BUKU TEKS PENGAJIAN MALAYSIA.

² www.youtube.com